Friday, 7 December 2012

Barra Gel(200ml) - RM30.00(Msia Barat)


Untuk Kebersihan & Kerapian Sulit Kewanitaan Wanita:

Sehari sekali atau setiap Pagi & Malam, lakukan cucian & cebuk bahagian sulit dengan Barra Gel.

Cuci bersih bahagian sulit (luaran faraj) dengan air terlebih dahulu. Tuangkan 1 – 2 titis Barra Gel dan lakukan sapuan & cucian luaran faraj serta dalaman saluran faraj (gunakan jari telunjuk untuk cucian meruang ini).

Cebuk bersih. Kesat kering. Kemudian, lakukan sapuan seperti di bawah ini:

Jika Saluran Faraj Longgar & Berair atau Keputihan atau Lelehan Sulit – Sapuan 2 – 3 titis Phyto Vagin Gel ke dalaman Saluran Faraj. Biarkan selama 2 – 5jam. Jika perlu, cucian semula selepas 5jam dan sapuan semula, dibiarkan semalaman. Ulangi kegunaan sehingga berjaya mengatasi Keputihan dan merapatkan saluran faraj.

Jika Saluran Longgar & Kekeringan – Ulangan sapuan 1 titis Mustajab Cream atau Krim Mustajab ke seluruhan saluran faraj. Dibiarkan selama 2 – 5jam. Cucian semula dan sapuan semula dibiarkan semalaman. Ulangi kegunaan sehingga berjaya mengembalikan keadaan lubrikasi normal.

Untuk Kesihatan & Kesegaran Sulit – Sapuan Minyak Berubat Mustajab disyorkan ke seluruhan saluran faraj. Ulangi kegunaan mengikut keperluan anda. Boleh gabungkan kedua-dua Phyto Vagin Gel dengan Minyak Berubat Mustajab untuk Kerapian & Kesegaran bahagian sulit anda.

Semasa Haid – Sapuan Minyak Berubat Mustajab ke bahagian luaran faraj dan tuangkan ke atas tuala wanita atau pad untuk membantu mengatasi masalah Senggugut, Ketidakselesaan Sulit atau Bahagian Ari-ari (Abdomen Bawah) dan mengatasi haid berbau disamping melancarkan peraliran darah anda. 



Untuk Kebersihan & Kesegaran Sulit Remaja (Yang Tidak Berkahwin):

Sehari sekali atau setiap Pagi & Malam, lakukan cucian & cebuk bahagian sulit dengan Barra Gel.

Cuci bersih bahagian sulit (luaran faraj) dengan air terlebih dahulu. Tuangkan 1 – 2 titis Barra Gel dan lakukan sapuan & cucian luaran faraj sehingga terasa bersih.

Cebuk bersih. Kesat kering. Biarkan TANPA sapuan KECUALI:

Jika bermasalah Keputihan atau Lelehan Sulit – Sapuan Minyak Berubat Herba ke bahagian luaran faraj dan tuangkan ke atas Panty Liner. Ulangi sapuan beberapa kali dalam sehari untuk membantu mengatasi ketidakselesaan sulit.

Jika bermasalah Kegatalan Sulit – Gabungkan ½ sudu teh Mustajab Balm digaul dengan Minyak Berubat Herba untuk sapuan luaran faraj. Ulangi sapuan beberapa kali sehingga sembuh.

Semasa Haid – Sapuan Minyak Berubat Herba ke bahagian luaran faraj dan tuangkan ke atas tuala wanita atau pad untuk membantu mengatasi masalah Senggugut, Ketidakselesaan Sulit atau Bahagian Ari-ari (Abdomen Bawah) dan mengatasi haid berbau disamping melancarkan peraliran darah anda. 



Untuk Kebersihan & Kekuatan Kelakian Lelaki:

Sehari sekali, lakukan cucian dengan Barra Gel. Ambil 1 – 2 titis Barra Gel, sapuan ke seluruhan bahagian alat sulit & sekitarnya. Bilas atau cebuk dengan air sehingga bersih. Kesat kering. Biarkan.

Untuk Memelihara Kekuatan Tenaga Kelakian – Amal sapuan & urutan Minyak Berubat Mustajab ke bahagian di antara buah penyawa dan dubur (perineum), seluruh alat sulit, buah penyawa kelakian dan ari-ari (abdomen bawah). Ulangi sapuan ini sehari 1 – 2 kali.

Untuk Kesegaran & Kemantapan Kelakian – Amal sapuan Minyak Berubat Herba ke seluruhan buah penyawa dan alat sulit setiapkali sebelum tidur.

Untuk Membantu Mengatasi Bau Badan dan Masalah Iritasi Kulit Lelaki & Wanita (Kegunaan Seluruh Keluarga)

Gunakan Barra Gel sebagai Syampu Badan atau Gel Mandian anda setiap hari.

1 comment:

  1. CASINO GAMING, DATES & WANES - Mapyro
    Find 남원 출장안마 the BEST CASINO 밀양 출장샵 GAMES in LAS 서울특별 출장마사지 VEGAS, NV on 태백 출장샵 Mapyro! This Las Vegas, NV gaming destination is home to over 200 exciting games and top entertainment. 부천 출장마사지

    ReplyDelete